Skip to main content

Kenapa aku buat channel Youtube? (Part 1)

 Assalamualaikum and hi guys,apa kabar u all?sedar tak sedar kita dah masuk ke dalam fasa kedua bulan ramadhan 2025.

Didoakan kita semua berjaya menempuhi cabaran dan ujian di bulan yang penuh barokah ini.


Semoga segala amalan kebaikan dan sedekah jariah kita di bulan ini dan dibulan lain diterima ALLAH TAALA.


ok back to topic,kenapa aku buat channel youtube or tiktok dan other media sosial yang lain?


Setiap orang pasti mempunyai sebab untuk memulakan sesuatu perkara.ada yang nak buka youtube dan media sosial lain untuk sharing ilmu,buat biz dan macam macam lagi.



profile my youtube akaun.



tak terasa channel yang dibuat sejak 2020 dah berusia 5tahun






ok disini aku aku nak share antara sebab aku buat this youtube channel"

1) Sebagai kenangan di hari tua kelak.

- ok yang aku maksudkan kat sini is bila kita konsisten upload video paling kurang pun seminggu sekali,so dalam sebulan kita dah ada 4video.

- so secara matematik nya dalam setahun kita ada 48 video yang diupload ke youtube channel.

-can you just imagine dalam 20tahun lagi andai konsisten upload video masa tu total video yang ada adalah 960 video.yang ni aku maksudkan video panjang yer,untuk shorts tu lain cerita sebab most of shorts adalah petikan dari video panjang.

-so bila dah pencen nanti dan diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik,total video masa tu dah mencapai seribu lebih..banyak tu video yang dihasilkan.

-itulah kelebihan untuk mereka yang konsisten..biar pun nampak sikit saja video yang dibuat tapi secara long journey nya akan jadi banyak juga.

-isu nya dekat sini mampu kah kita as content creator buat content yang baik dan boleh beri manfaat pada orang lain?

-ramai big name dalam youtube ramai juga yang dah give up sebab burnt out dan tak tahu idea apa lagi yang mereka nak kongsi as content creator.

-For me aku lebih berpegang pada dengan kita berkongsi ilmu yang bermanfaat,pasti kita akan dapat juga pahala yang berterusan.

-so bila dah tua nanti adalah juga kenangan untuk kita tengok,owh nila yang aku share puluh tahun lepas.


2) Kongsi ilmu pelaburan patuh syariah bursa malaysia.

-ok salah satu sebab aku buat yt channel adalah aku nak berkongsi serba sedikit ilmu yang aku ada dalam bidang pelaburan saham patuh syariah di bursa malaysia.

-sebab bagi aku sendiri masa aku nak first start belajar saham dulu agak limited betul channel yt yang berkongsi this ilmu dalam bahasa malaysia,so aku ambil inisiatif untuk share my knowledge.

-but disclaimer awal awal im not a guru and sifu dalam this bidang pelaburan saham patuh syariah bursa malaysia,banyak lagi tokoh tokoh saham bursa malaysia di luar sana yang dah dalam pasaran saham puluh tahun.

-so i take this one as one of my sumbangan to orang ramai yang nak tahu ilmu pelaburan saham patuh syariah bursa malaysia.

-for me this investment walaupun bersifat high risk dan jarang orang biasa akan sentuh sebab bila sebut saja high risk otak kita akan ingat rugi..so takda siapa dalam dunia nak rugi.kalau boleh hari ni labur semalam dah kaya..hihi.

-Namun begitu,kalau kita tengok most of wealthy person and list of bilionaire yang ada mereka masih terlibat dalam saham,isu nya kenapa?mereka nak rugi ka?kan orang ni lagi kedekut dan berhati hati bab duit kan..

-haa kat sini lah kita nampak this golongan tahu dengan adanya dunia saham ni mereka boleh growkan mereka punya capital yang ada,nyambil nunggu capital grow mereka akan park juga modal mereka dalam counter saham yang beri dividen..

-bila harga saham naik plus dapat dividen,so makin besar lah kekayaan golongan kaya ni.

-tapi in order untuk dapatkan this return,mereka yang kaya and ada ilmu pelaburan saham ni pelru lah melalui ups and down dalam counter saham yang mereka beli.

-ada hari saham boleh fly sebab demand tinggi plus ada hari boleh jatuh sebab bad sentiment dan sebagainya.

-this is one of the reason kenapa aku join saham bursa malaysia,dulu masa sekolah aku suka tengok segmen niaga and biz and masa tu kita memang blur lah bab saham ni..sebab circle kita semua orang biasa saja so memang tak terdedah terus dengan dunia saham

-so bila aku dah berkerja dan masa tu social media macam fb pun rancak,baru aku explore more pasal saham.the best part aku sanggup invest duit pergi kelas saham di semenanjung malaysia dengan kos beribu tak termasuk tiket belon,hotel etc.

-so untuk orang biasa mereka takkan join this kind of things sebab semuanya perlukan duit,plus takda jaminan untung pun bila dah belajar.so kenapa nak rugi kan kalau boleh win 5% dividen setahun dalam insrument low risk diberi pihak kerajaan.

-i hope dengan perkongsian yang aku buat di channel yt aku orang ramai akan dapat sedikit ilmu mengenai this pelaburan yang dah wujud berpuluh tahun tapi orang kita tak tahu pun macam mana nak sertai.mereka tak pernah dengar akaun CDS yang kita perlu ada untuk beli saham.

-nak beli saham bursa malaysia kita just perlu buka akaun CDS dimana mana investment bank yang kita suka,bayar RM10 dan sediakan fotostat ic,latest payslip(untuk bukti gaji masuk) dan front page saving acc macam cimbclicks,maybank2u dan mana mana saving account (untuk dimasukkan duit dividen).

-Lepas siap CDS akaun,download apps broker/bank yang kita register tadi,login and settle.untuk activation perlu ambil masa seminggu ke dua minggu.

-lepas dapat login apps tadi,kat situ la kita boleh beli beratus syarikat yang tersenarai di bursa malaysia,dengan syarat ada duit dalam account cds lah..hihi no money no talk.

-lepas dah depo duit kedalam CDS akaun tadi,kita dah boleh beli saham apa yang kita nak.semudah itu saja.tapi make sure sebelum beli saham lengkapkan diri kita dengan ilmu.biar kita tahu kenapa kita melabur dalam company itu.


Oklah guys nanti aku sambung lagi dalam next posting,terima kasih




Comments

Popular posts from this blog

Cadangan Ubah EPF dari pengeluaran Lump Sump kepada Bulanan

 Assalamualaikum and salam sejahtera,apa kabar u alls? aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan. Ok back to my sharing,actually this topik agak panas disebabkan tak ramai yang bersetuju dengan cadangan kawalan pada akaun persaraan. Mengikut normal practice bila tiba umur 60tahun para pencarum EPF boleh mengeluarkan sejumlah besar dari simpanan hari persaraaan untuk tujuan masing masing. Tapi dengan cadangan yang terbaru ni EPF cuba untuk membuat agihan bayaran bulanan agar para pencarum dapat merasai pulangan secara konsisten untuk puluhan tahun. Walaupun ramai yang kurang setuju dengan cara ini,tapi aku yakin niat sebenar pihak kerajaan dan EPF ialah supaya pesara dapat bersara dengan tenang serta mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk meneruskan kehidupan samapai ke hujung usia. Tahukah anda sebelum ni,aku pernah terbaca yang ramai pencarum EPF yang dah retire akan habis semua duit dalam akaun epf less than 5tahun dari usia...

OPR diturunkan kepada 2.75%..

 Assalamualaikum dan hi guys,apa khabar? aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Fuh macam macam news yang kita dengar lately dalam negara mahupun luar negara. Yang aku nak highlight kan hari ni BNM dah buat decision nak turunkan OPR kepada 2.75% daripada 3% Ok kat sini aku nak share pendapat aku saja tau,this posting is not a financial and investment advice. OPR diturunkan maksudnya kerajaan nak rancak kan aktiviti business dan ekonomi dikalangan rakyat tu sendiri. Bila OPR turun,jumlah loan payment kita tiap bulan akan menurun,so adalah duit lebihan nanti untuk dipakai untuk tujuan beli belah serta for those yang nak buat perniagaan etc Untuk yang ada ilmu pulak mereka akan simpan duit lebihan kedalam mana mana financial instrument sama untuk dijadikan emergency saving ataupun untuk dikembangkan. Selain dari untuk merancakkan aktiviti ekonomi rakyat,tujuan OPR diturunkan ialah bagi mengurangkan impak inflasi terutamanya kenaikan harga barang Ditambahkan lagi bu...

Kejatuhan harga saham almost limit down,apa yang kita boleh belajar?

 Assalamualaikum and hi guys,apa khabar semua? Aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Ok hari ni aku nak share apa yang kita sebagai pelabur runcit di bursa malaysia boleh belajar especially dari kejatuhan sesuatu saham. Most of kita as local retailer akan bergantung kepada skills melihat price action di chart yang kita rujuk. Satu saham yang mengalami kenaikan yang sihat perlulah bergerak secara zigzag..so bila kita dah ada pengalaman kita sepatutnya dah tahu chart pattern mana yang patut kita elakkan dan chart mana yang kita boleh consider entry. Antara pengajaran yang kita boleh ambil ialah: - Sentiasa check dulu fundemental syarikat yang kita nak labur,biasa syarikat yang berlaku pump and dump mostly mempunyai fundemental yang kurang elok. - check previous chart pattern yang telah terbentuk dan compare dengan syarikat lain yang mempunyai chart pattern pump and dump,andai jumpa persamaan elakkan entry for this counter. - tapi andai beminat juga nak invest dan...