Skip to main content

OPR diturunkan kepada 2.75%..

 Assalamualaikum dan hi guys,apa khabar?

aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Fuh macam macam news yang kita dengar lately dalam negara mahupun luar negara.


Yang aku nak highlight kan hari ni BNM dah buat decision nak turunkan OPR kepada 2.75% daripada 3%

Ok kat sini aku nak share pendapat aku saja tau,this posting is not a financial and investment advice.


OPR diturunkan maksudnya kerajaan nak rancak kan aktiviti business dan ekonomi dikalangan rakyat tu sendiri.

Bila OPR turun,jumlah loan payment kita tiap bulan akan menurun,so adalah duit lebihan nanti untuk dipakai untuk tujuan beli belah serta for those yang nak buat perniagaan etc


Untuk yang ada ilmu pulak mereka akan simpan duit lebihan kedalam mana mana financial instrument sama untuk dijadikan emergency saving ataupun untuk dikembangkan.


Selain dari untuk merancakkan aktiviti ekonomi rakyat,tujuan OPR diturunkan ialah bagi mengurangkan impak inflasi terutamanya kenaikan harga barang

Ditambahkan lagi bulan ni SST baru dilaksanakan,sudah pasti banyak juga yang akan terkesan nanti mahupun pihak peniaga mahupun pengguna itu sendiri


kita sebagai pengguna yang bijak perlu rebut peluang ni sebaik mungkin,jaga pengurusan kewangan anda dan family ya.jangan tambah lagi hutang yang tak bermanfaat.

Dunia tengah mengalami pelbagai cabaran,so kita bersedia mana yang patut.

Pasaran saham turut sama terkesan kerana bila rakyat ada punyai lebihan wang,they will invest the money into local market,so makin bertambah rancak la pasaran saham nanti.


Finally kita doakan yang baik sahaja dalam perihal ekonomi negara kita,kita kawal apa yang kita boleh sahaja.Sebagai pelabur yang matang,kena ingat dalam tiap krisis pasti akan terhidang peluang untuk yang bersedia..

Take care guys




Comments

Popular posts from this blog

KENAPA KERAJAAN TIDAK MEMBENARKAN REMAJA BERUSIA DIBAWAH UMUR 16 TAHUN MEMILIKI AKAUN SOCIAL MEDIA

1) Terlalu banyak sangat ancaman jenayah seksual Di dalam media social. - Seperti yang kita semua sedia maklum,bila kita scroll media social pasti kita akan jumpa pelbagai jenis manusia Dan golongan.for sure ada yang baik Dan sebaliknya. -Bila berjumpa Dengan golongan yang kurang baik ni,pastinya ada risiko untuk para remaja yang melayari dunia media social.bila kita lihat dalam berita arus perdana itu sendiri banyak kes yang kita jumpa akibat berkenalan dalam media social Dan berakhir Dengan kisah kurang elok 2) Banyak sangat unsur pelaburan Dan bisnes scam Di media social - untuk bab ni kita semua sudah sedia maklum kan,bila kita layari akaun social media kita pasti kita akan nampak akan kewujudan skim pelaburan yang menjanjikan bulan bintang Dan produk yang pelik yang dijual at as talian. -Andai lah remaja dibawah 16tahun ini melayari this investment Dan membeli produk yang dijual pasti mereka akan terdedah Dengan risiko ditipu serta produk yang mungkin merbahaya untuk kesihatan Dan...

Cadangan Ubah EPF dari pengeluaran Lump Sump kepada Bulanan

 Assalamualaikum and salam sejahtera,apa kabar u alls? aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan. Ok back to my sharing,actually this topik agak panas disebabkan tak ramai yang bersetuju dengan cadangan kawalan pada akaun persaraan. Mengikut normal practice bila tiba umur 60tahun para pencarum EPF boleh mengeluarkan sejumlah besar dari simpanan hari persaraaan untuk tujuan masing masing. Tapi dengan cadangan yang terbaru ni EPF cuba untuk membuat agihan bayaran bulanan agar para pencarum dapat merasai pulangan secara konsisten untuk puluhan tahun. Walaupun ramai yang kurang setuju dengan cara ini,tapi aku yakin niat sebenar pihak kerajaan dan EPF ialah supaya pesara dapat bersara dengan tenang serta mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk meneruskan kehidupan samapai ke hujung usia. Tahukah anda sebelum ni,aku pernah terbaca yang ramai pencarum EPF yang dah retire akan habis semua duit dalam akaun epf less than 5tahun dari usia...

Kenapa aku belajar ilmu pelaburan saham patuh syariah bursa malaysia Part1?

 Assalamaulaikum and hi guys,apa khabar?lama tak menulis..so hari ni nak share mengenai kenapa aku datang minat tiba tiba nak melabur di bursa Malaysia. Seperti biasa kan kita bila nak suka sesuatu mesti ada sebab.bila kita ada minat terhadap satu perkara pasti kita akan cuba untuk explore tentangnya. ok ni aku nak cerita kenapa aku belajar ilmu pelaburan saham patuh syariah di bursa malaysia.First sekali invest saham ni for sure sangat taboo untuk masyarakat kebanyakkan,memang almost pelik lah orang biasa akan bercakap mengenai saham.. kalau ada pun cakap mengenai saham pasti akan bias kepada benda yang tak bagus sebagai contohnya muflis,bankrap,saham untuk orang kaya etc. 1) Persiapan untuk hari bersara. - ok bunyi nya agak cliche kan,kenapa nak buat persiapan untuk hari bersara umur 60tahun kan,bukan ka time sepatutnya dah rehat bersama family and lepak lepak sahaja.kenapa nak pening kepala? -Haa nila yang best part nya,memang kita tahu bila dah retire nanti for sure masa kita a...