Skip to main content

Kemerdekaan Dalam Kewangan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera guys,

Apa khabar korang semua?aku doakan kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat selalu dan diberi kebaikan dunia akhirat.

Ok hari ni aku nak kongsi pendapat aku mengenai satu topik which is Kemerdekaan Dalam Kewangan.

Sebab aku nak share topik ni cun juga bersempena bulan menyambut kemerdekaan yang disambut setiap bulan August.


Tema Tahun ini ialah Malaysia Madani Rakyat Disantuni.


Ok berbalik pada tajuk Kemerdekaan Dalam Kewangan or dalam bahasa orang putih di panggil Financial Freedom.

Kita biasa mendengar istilah ini selalu diungkap oleh ramai orang dan most of us akan ada keinginan nak merasai dan menikmati kemedekaan kewangan.


Dalam erti kata lain siapa yang taknak kan tak perlu bekerja sebab finacial dan kuat dan hutang semua dah berjaya dilunaskan.


Hakikat sebenar hidup bukan lah semudah itu,selagi kita bernyawa pasti kita akan sentiasa diuji dengan kesusahan dan kepayahan.


Berbalik pada kemerdekaan kewangan tadi,berbagai definasi kemerdekaan kewangan yang kita biasa dengar.Ada yang memberikan finacial freedom seperti berikut

-ada yang anggap bila ada duit yang berkepuk and juta juta dan bilion dalam bank mereka panggil inilah financial freedom.

-ada yang anggap ada emas berkilo,properties yang banyak,private jet adalah financial freedom

-ada pulak sesetengah dari kita pulak berangaapan financial freedom sebenar ialah bila kita balik ke kampung tanpa merasa stress dan bebas hutang dan kita boleh buat apa aktiviti yang kita suka tanpa perlu terkejar kejar..

- dan banyak lagi jawapan untuk apakah pengertian kemerdekaan kewangan itu sendiri,tiada yang betul dan salah sebab itu ada pandagan masing masing.


Mengikut website investopedia.com,merdeka dalam kewangan ialah bila kita punyai cukup simpanan,pelaburan dan cash in hand yang cukup untuk kita membayar segala komitmen hutang dan lifestyle kita.


so secara kseimpulannya pengertian financial freedom itu sendiri teramatlah luas dan mostly yang kita faham ialah tidak terikat dengan hutang especially hutang jahat macam personal loan,credit card dan lain lain.


Bagi aku sendiri,apa yang aku faham mengenai kemerdekaan kewangan ialah bila mana kita bijak untuk mengawal kewangan kita sendiri dalam erti kata tahu apakah hutang yang perlu,punya emergency saving yang cukup paling kurang 6bulan, punya kesihatan yang baik,punya anak anak dan family yang membahagiakan.


Financial freedom itu sendiri sangat berkait rapat dengan macam mana kita nak urus kewangan kita,antara tips nak urus kewangan dengan baik ialah


1) Sentiasa Belanja dibawah kemampuan

2) Berhutang itu tidak salah tapi make sure hutang untuk keperluan sebagai contoh beli rumah,kereta dan sebagainya.

3) Pastikan kita listkan pro and cons sebelum kita beli barang,kalau banyak cons nya maskudnya barangan tersebut tidak lah sesuai dibeli

4) Ukur baju badan sendiri,yang ni sangat penting.mampu beli tak semestinya wajib beli

5) Invest in yourself first,yang ni kita selalu terlepas pandang,asal terima gaji sahaja jarang kita nak allocate budget untuk diri kita sendiri in term of beli buku,pergi ke seminar untuk memperbaiki kemahiran diri dan mantapkan ilmu kewangan.

6) Catat segala perbelanjaan dalam group whatsapp or telegram antara suami isteri.supaya kita tahu kemana duit kita pergi atau leaking.tapi perkara ni perlu kan kesungguhan kerana bukan tugas mudah tu nak rekod belanja.


so banyak lagi cara urus kewangan yang kita boleh belajar sama sama.belajar ilmu urus wang ni bukan lah perkara yang best kerana most of it pasal penjimatan,naluri manusia berat kepada nak shopping dan reward.hihi..itu lah resam manusia.


Oklah guys nanti aku sambung lagi dalam next sharing,


Assalamualaikum and have a nice day



Comments

Popular posts from this blog

KENAPA KERAJAAN TIDAK MEMBENARKAN REMAJA BERUSIA DIBAWAH UMUR 16 TAHUN MEMILIKI AKAUN SOCIAL MEDIA

1) Terlalu banyak sangat ancaman jenayah seksual Di dalam media social. - Seperti yang kita semua sedia maklum,bila kita scroll media social pasti kita akan jumpa pelbagai jenis manusia Dan golongan.for sure ada yang baik Dan sebaliknya. -Bila berjumpa Dengan golongan yang kurang baik ni,pastinya ada risiko untuk para remaja yang melayari dunia media social.bila kita lihat dalam berita arus perdana itu sendiri banyak kes yang kita jumpa akibat berkenalan dalam media social Dan berakhir Dengan kisah kurang elok 2) Banyak sangat unsur pelaburan Dan bisnes scam Di media social - untuk bab ni kita semua sudah sedia maklum kan,bila kita layari akaun social media kita pasti kita akan nampak akan kewujudan skim pelaburan yang menjanjikan bulan bintang Dan produk yang pelik yang dijual at as talian. -Andai lah remaja dibawah 16tahun ini melayari this investment Dan membeli produk yang dijual pasti mereka akan terdedah Dengan risiko ditipu serta produk yang mungkin merbahaya untuk kesihatan Dan...

Cadangan Ubah EPF dari pengeluaran Lump Sump kepada Bulanan

 Assalamualaikum and salam sejahtera,apa kabar u alls? aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan. Ok back to my sharing,actually this topik agak panas disebabkan tak ramai yang bersetuju dengan cadangan kawalan pada akaun persaraan. Mengikut normal practice bila tiba umur 60tahun para pencarum EPF boleh mengeluarkan sejumlah besar dari simpanan hari persaraaan untuk tujuan masing masing. Tapi dengan cadangan yang terbaru ni EPF cuba untuk membuat agihan bayaran bulanan agar para pencarum dapat merasai pulangan secara konsisten untuk puluhan tahun. Walaupun ramai yang kurang setuju dengan cara ini,tapi aku yakin niat sebenar pihak kerajaan dan EPF ialah supaya pesara dapat bersara dengan tenang serta mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk meneruskan kehidupan samapai ke hujung usia. Tahukah anda sebelum ni,aku pernah terbaca yang ramai pencarum EPF yang dah retire akan habis semua duit dalam akaun epf less than 5tahun dari usia...

Kenapa aku belajar ilmu pelaburan saham patuh syariah bursa malaysia Part1?

 Assalamaulaikum and hi guys,apa khabar?lama tak menulis..so hari ni nak share mengenai kenapa aku datang minat tiba tiba nak melabur di bursa Malaysia. Seperti biasa kan kita bila nak suka sesuatu mesti ada sebab.bila kita ada minat terhadap satu perkara pasti kita akan cuba untuk explore tentangnya. ok ni aku nak cerita kenapa aku belajar ilmu pelaburan saham patuh syariah di bursa malaysia.First sekali invest saham ni for sure sangat taboo untuk masyarakat kebanyakkan,memang almost pelik lah orang biasa akan bercakap mengenai saham.. kalau ada pun cakap mengenai saham pasti akan bias kepada benda yang tak bagus sebagai contohnya muflis,bankrap,saham untuk orang kaya etc. 1) Persiapan untuk hari bersara. - ok bunyi nya agak cliche kan,kenapa nak buat persiapan untuk hari bersara umur 60tahun kan,bukan ka time sepatutnya dah rehat bersama family and lepak lepak sahaja.kenapa nak pening kepala? -Haa nila yang best part nya,memang kita tahu bila dah retire nanti for sure masa kita a...