Skip to main content

Papazola The Movie 2025: Apa yang kita boleh belajar?

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera guys,

fuh agak lama aku tak menulis Di blog ni.almaklumlah busy Dengan macam macam hal.nak dapat kan momentum menulis Di blog at least seminggu sekali memang satu lagi cabaran untuk aku.kadang kadang plan awal nak menulis sebelum tidur tapi bila letak ja kepala kat bantal terus auto sleep.hiihih..begitula kisahnya nak konsisten bukan nya senang.

Ok back to my topic,minggu ni aku baru settle Tonton movie Papazola The Movie 2025,ceritanya sangat mudah difahami Dan sangat straight forward.Macam biasa la guys demi nak memenuhi minat anak anak layan this movie,kita layankan saja..

tapi semasa menonton movie ni banyak yang aku dapat pengajaran.Kan bagus cerita kartun macam ni pun banyak beri kesan yang positif bagi kita sebagai penonton.

Ok kat sini aku nak kongsi perkara yang aku belajar,Semoga dapat jadi renungan kita bersama.Disclaimer ya ini bukan lah ulasan professional dalam dunia perfileman,cukup sekadar pendapat peribadi aku sahaja.

1) Belajar terima ketentuan takdir walaupun setelah berusaha.

- dalam movie ni kita dapat tengok papazola Dengan isterinya keep on berusaha cari rezeki yang halal untuk family.demi nak bahagiakan family yang tercinta banyak pengorbanan yang dilakukan.Kalau ikut logik akal boleh saja kita salahkan takdir tetapi semangat untuk dapat kan rezeki yang lebih itu yang another level.

2) Cuba buat sesuatu yang luar dari niche biasa kita buat.

-OK bab ni memang agak challenging,dalam this movie kita tahu papazola ialah cikgu,tapi dalam pada masa yang sama dia pun ambil kerja lain macam jual buku,buat delivery Dan banyak lagi pekerjaan bagi dapat kan rezeki yang halal.
-So bila buat benda yang keluar dari niche kita,automatic kita akan keluar dari comfort zone Dan tak semua dari kita akan sanggup keluar dari comfort zone.

3) Belajar untuk berkata baik walaupun ditimpa musibah.

- dalam adengan dalam movie ni kita dapat lihat macam mana papazola Cuba ubah topik Dan keep on berkata perkara yang bagus sahaja Dengan pipi.sebagai contoh bila pipi nak melancong Dan bercuti,papazola cakap insyaAllah tengah diusahakan walaupun Sebenarnya duit memang pun tidak cukup.

4) Belajar terima buruk Dan baik pasangan.

-yang ni perkara paling penting dalam rumahtangga,kena belajar terima keburukan pasangan.memang bunyi nya bukan mudah.yerlah kalau awal awal niat berkahwin nak dapat kan semua yang perfect memang biasanya kita akan kecewa.

-bukan kecewa sebab Apa tapi kita tak dapat terima hakikat manusia mana ada yang perfect,kita memang akan berbuat kesilapan.Dari kesilapan kita akan belajar untuk jadi lebih dewasa.sama juga dalam rumahtangga,mana yang kurang kita perbetulkan.saling melengkapi.

5) Belajar untuk tidak terlampau percaya kan orang lain walaupun orang yang kita percayai.

-bab isu trust ni dalam video ni jelas membuktikan yang kawan lama yang kita percayai dalam satu team pun boleh buat khianat dekat kita.memang kita tidak akan percaya sampai satu hari kita baru nampak Apa yang dia dah buat untuk kita.masa tu nak menyesal pun dah terlambat.

-so sebagai langkah berhati hati,next time always berhati hati dalam berkawan,jangan letakkan harapan seratus percent.Hati manusia mana kita tahu.

6) Belajar berikan senyuman walaupun Dengan sedih.

-dalam satu babak dalam film ni papazola selalu ditanya tentang dah makan ke belum,walaupun dia tengah lapar tapi selamba saja dia bagitau Dengan pipi yang dia dah kenyang siap sambil tersenyum.

7) Lower our expectation dalam life.

- Bila dalam bab jual buku dalam movie ni,kita dapat tengok dalam few days lepas penjualan buku masih belum ada yang order,dah sudah pasti kita sebagai penulis buku akan berasa sedikit kecewa,harapan memang setinggi gunung tapi kita perlu faham dalam setiap kejayaan perlu ada kesabaran yang tinggi.sooner or later pasti akan pecah juga sales order dari kosong order sampai few orders masuk.

-orang biasa jarang akan faham perkara ni sebab most of us nak instant fast result.

8) Kongsikan kegembiraan bersama yang kurang mampu.

-bab share happiness dalam film ni kita dapat tengok pipi sanggup ajak kawan yang tak dapat melancong ke luar negara join family pipi bercuti Di camp side.

9) Bercuti tak perlu ke tempat yang mahal,cukup sekadar dapat lepak sama yang tersayang

- perkara ni selalu kita salah faham kan,ada yang ingat nak holiday kena ke Europe Dan lain lain.semua tu perlukan wang.tapi untuk yang kurang mampu even sekadar bawak ke pantai saja pun sudah memadai.

10) Beri moral support untuk pasangan.

-Bila kita lihat pasangan kita tengah hadapi cabaran,kita as partner jangan la tambah kan lagi pening kepala pasangan.cukup sekadar jadi penman yang setia.bancuh air,hidangkan makanan Dan teman berbual.

11) Belajar cakap Apa yang kita nak..luahkan sebelum terlambat.

-Haa ni yang paling best bila bab papazola attend majlis kahwen mama zila,walhal papazola memang minat kat mama zila..hihi.ingatkan mama zila kahwen Dengan orang lain rupanya memang sengaja dirahsiakan siapakah pasangan mama zila..

-last sekali rupanya memang papazola yang dipilih.so kalau suka tu cakap je.

Secara kesimpulannya,banyak yang kita boleh belajar dari this movie.out of 10 star kami sefamily beri 10star.

Tahniah Monsta hasil kan movie yang best..kebenaran sukakan kedamaian kebenaran memang best.

Comments

Popular posts from this blog

Cadangan Ubah EPF dari pengeluaran Lump Sump kepada Bulanan

 Assalamualaikum and salam sejahtera,apa kabar u alls? aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan. Ok back to my sharing,actually this topik agak panas disebabkan tak ramai yang bersetuju dengan cadangan kawalan pada akaun persaraan. Mengikut normal practice bila tiba umur 60tahun para pencarum EPF boleh mengeluarkan sejumlah besar dari simpanan hari persaraaan untuk tujuan masing masing. Tapi dengan cadangan yang terbaru ni EPF cuba untuk membuat agihan bayaran bulanan agar para pencarum dapat merasai pulangan secara konsisten untuk puluhan tahun. Walaupun ramai yang kurang setuju dengan cara ini,tapi aku yakin niat sebenar pihak kerajaan dan EPF ialah supaya pesara dapat bersara dengan tenang serta mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk meneruskan kehidupan samapai ke hujung usia. Tahukah anda sebelum ni,aku pernah terbaca yang ramai pencarum EPF yang dah retire akan habis semua duit dalam akaun epf less than 5tahun dari usia...

OPR diturunkan kepada 2.75%..

 Assalamualaikum dan hi guys,apa khabar? aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Fuh macam macam news yang kita dengar lately dalam negara mahupun luar negara. Yang aku nak highlight kan hari ni BNM dah buat decision nak turunkan OPR kepada 2.75% daripada 3% Ok kat sini aku nak share pendapat aku saja tau,this posting is not a financial and investment advice. OPR diturunkan maksudnya kerajaan nak rancak kan aktiviti business dan ekonomi dikalangan rakyat tu sendiri. Bila OPR turun,jumlah loan payment kita tiap bulan akan menurun,so adalah duit lebihan nanti untuk dipakai untuk tujuan beli belah serta for those yang nak buat perniagaan etc Untuk yang ada ilmu pulak mereka akan simpan duit lebihan kedalam mana mana financial instrument sama untuk dijadikan emergency saving ataupun untuk dikembangkan. Selain dari untuk merancakkan aktiviti ekonomi rakyat,tujuan OPR diturunkan ialah bagi mengurangkan impak inflasi terutamanya kenaikan harga barang Ditambahkan lagi bu...

Kejatuhan harga saham almost limit down,apa yang kita boleh belajar?

 Assalamualaikum and hi guys,apa khabar semua? Aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Ok hari ni aku nak share apa yang kita sebagai pelabur runcit di bursa malaysia boleh belajar especially dari kejatuhan sesuatu saham. Most of kita as local retailer akan bergantung kepada skills melihat price action di chart yang kita rujuk. Satu saham yang mengalami kenaikan yang sihat perlulah bergerak secara zigzag..so bila kita dah ada pengalaman kita sepatutnya dah tahu chart pattern mana yang patut kita elakkan dan chart mana yang kita boleh consider entry. Antara pengajaran yang kita boleh ambil ialah: - Sentiasa check dulu fundemental syarikat yang kita nak labur,biasa syarikat yang berlaku pump and dump mostly mempunyai fundemental yang kurang elok. - check previous chart pattern yang telah terbentuk dan compare dengan syarikat lain yang mempunyai chart pattern pump and dump,andai jumpa persamaan elakkan entry for this counter. - tapi andai beminat juga nak invest dan...