Skip to main content

Duit Raya Anak Nak simpan kat mana?

 Assalamualaikum and hi guys,apa khabar semua...Aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat bersama family tersayang.Lama juga aku tak update this blog..bukan mudah nak konsisten untuk update this blog walaupun nampak senang je kan.

Bagi aku sendiri aku nak berjaya dalam apa apa bidang nak taknak kena consisten dan stay focus sahaja..dan tak dilupa juga kena minat apa yang kita nak buat.

Ok berbalik pada tajuk mana nak simpan duit raya anak? Seperti kita semua sedia maklum terlampau banyak sangat instrument simpanan dan pelaburan yang kat luar..Memang agak mencabar untuk kita memilih which one the best untuk kita.matlamat nya tetap sama which is kita nak growkan simpanan kita.

Ada yang focus untuk makan dividen sahaja dan ada juga berani ambil risk go for both which is dividen dan capital gain.

Disclaimer awal awal yer apa yang aku share kat sini semuanya based on pengalaman aku sahaja dan bukanlah nasihat kewangan dan juga bukan nasihat pelaburan.Sebarang keputusan kewangan kita perlu bertanggungjawab dan tidak sepatutnya menyalah kan orang lain bila berlaku kerugian.


Ok jom aku kongsikan:

1) Akaun Bank simpanan kanak kanak.

-nak buka akaun ni sangat mudah dan straight forward.Akaun boleh dibuka oleh parents di mana mana bank yang ada menyediakan this service.

-Walaupun return dividen nya tak besar yang penting capital lebih selamat dan mudah nak di akses.


2) Amanah Saham Bumiputera (ASB)

- yang ni merupakan instrument simpanan dan pelaburan yang semua orang tahu.ianya boleh dibuka oleh Bumiputera,as a return setiap tahun pihak ASB akan umumkan dividen bagi para pendeposit.

-the best part dalam ASB is simpanan kita dijamin dan harga nya pun fix dan tidak berubah.

-so for those yang tak suka dengan harga seunit yang berubah ASB tersangat la sesuai untuk anda

-ASB sesuai untuk simpanan long term dan bagus untuk dijadikan simpanan nak sambung belajar

-So far dividen yang diberikan sangat competitif dan konsisten,so kita as pendeposit just focus untuk penuhkan tabung ASB dan cukup masa tunggu dividen declare by ASB.


3) SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional).

-Skim ni ditubuhkan oleh pihak PTPTN bagi membolehkan parents lebih mudah nak hantar anak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

-Antara kelebihan bila parents menyimpan duit disini ialah pengecualian cukai(tax relief) ,pemberian dividen yang kompetitif,simpanan dijamin oleh kerajaan Malaysia,,

-Selain tu dengan menyimpan disini maka ianya boleh dijadikan tabung backup untuk anak anak melanjutkan pelajaran nanti

-Perlepasan cukai yang diberi ialah RM8000



4) Tabung Haji

- yang ni merupakan instrument simpanan yang diperkenalkan oleh pihak Tabung Haji.

-antara kelebihan yang kita akan dapat bila menyimpan kat sini ialah:

  1. simpanan dijamin 100% oleh kerajaan Malaysia
  2. Instrument simpanan yang patuh syariah
  3. Dividen diberikan adalah sangat competitif setiap tahun,walaupun tak tinggi tak sangat konsisten
  4. Dividen tahunan yang diberikan telah pun dipotong zakat
  5. Deposit minimum ialah RM100 dan jika nak menyimpan untuk pergi Haji maka perlu menyimpan RM1300
  6. Tabung Haji dikategorikan sebagai Low risk saving,so kita jangan la assume dia akan berikan pulangan yang besar

5) Emas

- Ramai yang dah ada kesedaran menyimpan wang dengan membeli emas.Ramai yang suka pilih emas ialah kerana sifat nya bersifat kalis inflasi dan mendapat tumpuan dari ramai orang.

-Emas sekarang boleh dibeli dalam bentuk fizikal which is dalam bentuk bar,dan ada juga syarikat yang menawarkan servis emas secara digital.

-Maksud secara digital disini ialah kita boleh kumpul beli emas secara sedikit sedikit,so bila dah cukup jumlah berat yang kita nak kita boleh la tukarkan dalam bentuk fisikal or biarkan saja dalam bentuk digital

-untuk long term emas biasanya akan mengalami kenaikan harga,tapi make sure kita masuk pada masa yang betul dan timing tersangat lah penting supaya kita dapat beli emas pada harga rendah

-antara salah satu sebab orang suka kan emas ialah ianya mudah untuk dicairkan,so in case kita perlukan wang kita just jual sahaja emas itu pada harga semasa.

-Kekurangan yang ada pada emas ialah ianya tak berikan dividen dan keuntungan semata mata ialah dari capital gain,maksudnya beli emas masa murah,jual balik pada harga lebih mahal.



6) BSN SSP(Sijil Simpanan Premium)

- simpanan ni dikeluarkan oleh pihak BSN itu sendiri,bagi mewujudkan budaya menabung dikalangan parents untuk anak anak

-yang bagus nya bila menyimpan di BSN ni,segala simpanan kita ni dijamin

-dividen yang diberikan juga tak besar tapi yang penting simpanan adalah dijamin

- the best part ialah ada cabutan bertuah yang diberikan so andai ada rezeki korang who knows akan dapat rezeki dari cabutan bertuah tadi.

7) Unit trust (Unit amanah)

-unit trust diuruskan oleh pengurus dana professional dan berpengalaman.
-wang wang pelabur akan diletakkan dalam sebuah dana amanah dan diuruskan oleh pengurus dana professional 

-Antara sebab kenapa ramai yang memilih unit trust ialah potensi pulangan yang mungkin lebih tinggi tapi in order nak dapat kan return yang tinggi,kita perlu bersiap sedia untuk mengalami kerugian.

-dan tak ramai yang akan dapat digest this kerugian,so unit trust bukan sesuai untuk semua orang.

-kebanyakan unit trust akan melabur juga dalam pasaran saham secara konsep ETF..so bila this unit trust melabur dalam this etf,maka for sure capital kita yang invest di situ akan mengalami risk naik dan turun.

-nak melabur dalam unit trust kena perlukan ilmu pilih fund mana yang sesuai dan kalau kita malas nak buat semua study tu,so kita perlukan khidmat nasihat dari unit trust consultant tu sendiri.

-Kekurangan bila kita melantik unit trust consultant ialah kita perlu bayar service caj so untung kita boleh jadi berkurang dan still kita pun masih terdedah dengan kerugian,tak semua fund yang dipilih oleh pihak consultant akan untung.


8) Criptocurrency

- Untuk parents yang celik pelaburan kripto,maybe this one boleh dijadikan salah satu cara diversify pelaburan untuk anak anak.

-Just nak melabur dalam dunia kripto kena lah ada ilmu dan jangan masuk sahaj tanpa ilmu.

-tambah lagi sekarang ada puluhan coin yang ada,nak pilih coin yang boleh pergi jauh bukan lah perkara yang mudah

-risk yang ada ialah pasaran kripto is a non stop 24/7,so anytime harga boleh fly dan flush dalam sehari.tak semua akan boleh hadap dalam this instrument.

-untuk siapa yang berminat nak invest di kripto perlulah buka akaun di Exchange yang regulated under SC,dan jangan sama sekali buka akaun di exchange yang tak di regulate.



9) Saham Patuh Syariah Bursa Malaysia

- For those yang nak go for high risk maybe one of option yang boleh di consider ialah dengan melabur di pasaran saham bursa malaysia

-kita ada beratus saham yang patuh syariah dan banyak syarikat yang berkualiti.

-just untuk memulakan aktiviti menyimpan dan melabur wang simpanan di pasaran saham,kita perlu faham saham adalam instrument high risk sama dengan cripto,

-so any time harga boleh shoot up, dan ada masa boleh flushing jugak

-the best part of saham ni kita boleh target untuk makan dividen jika counter saham dibeli tadi memberikan dividen,

-dalam pada masa yang sama kita boleh juga jadikan saham ni tempat kita trading,buy low and sell high,

-Just kalau nak trading kenalah ada ilmu dan pandai manage risk.

-untuk simpanan anak aku lebih prefer ke investing,biarkan kuasa compunding dan kenaikan harga saham take place.

-jadikan teknik snow ball untuk kembangkan lagi duit yang ada dalam akaun saham tadi


so secara kseimpulan,banyak cara sebenarnya kita nak simpan duit raya anak anak kita,terpulang pada kita lagi nak pilih mana nak simpan.lain orang lain cara dan pendekatan.

siapa nak play safe go for low risk,siapa  nak return besar go for medium and high risktapi kena hadam dengan risk kerugian.

Apapun tahniah buat parents yang dah ada kesedaran menyimpan dan melabur dari awal.

All the best semua.

Terima kasih sudi membaca sharing saya.semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan take care guys.

Comments

Popular posts from this blog

Cadangan Ubah EPF dari pengeluaran Lump Sump kepada Bulanan

 Assalamualaikum and salam sejahtera,apa kabar u alls? aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan. Ok back to my sharing,actually this topik agak panas disebabkan tak ramai yang bersetuju dengan cadangan kawalan pada akaun persaraan. Mengikut normal practice bila tiba umur 60tahun para pencarum EPF boleh mengeluarkan sejumlah besar dari simpanan hari persaraaan untuk tujuan masing masing. Tapi dengan cadangan yang terbaru ni EPF cuba untuk membuat agihan bayaran bulanan agar para pencarum dapat merasai pulangan secara konsisten untuk puluhan tahun. Walaupun ramai yang kurang setuju dengan cara ini,tapi aku yakin niat sebenar pihak kerajaan dan EPF ialah supaya pesara dapat bersara dengan tenang serta mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk meneruskan kehidupan samapai ke hujung usia. Tahukah anda sebelum ni,aku pernah terbaca yang ramai pencarum EPF yang dah retire akan habis semua duit dalam akaun epf less than 5tahun dari usia...

OPR diturunkan kepada 2.75%..

 Assalamualaikum dan hi guys,apa khabar? aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Fuh macam macam news yang kita dengar lately dalam negara mahupun luar negara. Yang aku nak highlight kan hari ni BNM dah buat decision nak turunkan OPR kepada 2.75% daripada 3% Ok kat sini aku nak share pendapat aku saja tau,this posting is not a financial and investment advice. OPR diturunkan maksudnya kerajaan nak rancak kan aktiviti business dan ekonomi dikalangan rakyat tu sendiri. Bila OPR turun,jumlah loan payment kita tiap bulan akan menurun,so adalah duit lebihan nanti untuk dipakai untuk tujuan beli belah serta for those yang nak buat perniagaan etc Untuk yang ada ilmu pulak mereka akan simpan duit lebihan kedalam mana mana financial instrument sama untuk dijadikan emergency saving ataupun untuk dikembangkan. Selain dari untuk merancakkan aktiviti ekonomi rakyat,tujuan OPR diturunkan ialah bagi mengurangkan impak inflasi terutamanya kenaikan harga barang Ditambahkan lagi bu...

Kejatuhan harga saham almost limit down,apa yang kita boleh belajar?

 Assalamualaikum and hi guys,apa khabar semua? Aku doakan kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Ok hari ni aku nak share apa yang kita sebagai pelabur runcit di bursa malaysia boleh belajar especially dari kejatuhan sesuatu saham. Most of kita as local retailer akan bergantung kepada skills melihat price action di chart yang kita rujuk. Satu saham yang mengalami kenaikan yang sihat perlulah bergerak secara zigzag..so bila kita dah ada pengalaman kita sepatutnya dah tahu chart pattern mana yang patut kita elakkan dan chart mana yang kita boleh consider entry. Antara pengajaran yang kita boleh ambil ialah: - Sentiasa check dulu fundemental syarikat yang kita nak labur,biasa syarikat yang berlaku pump and dump mostly mempunyai fundemental yang kurang elok. - check previous chart pattern yang telah terbentuk dan compare dengan syarikat lain yang mempunyai chart pattern pump and dump,andai jumpa persamaan elakkan entry for this counter. - tapi andai beminat juga nak invest dan...